Home RR Tips: 5 Tips Cipta Ruang Sosial Interaktif

RR Tips: 5 Tips Cipta Ruang Sosial Interaktif

by

Pernahkah anda tertanya-tanya mengapa tetamu anda lebih selesa untuk duduk mengelilingi meja kopi di lantai berbanding di atas upholsteri empuk yang disediakan? Jika hal ini selalu terjadi, ada sesuatu yang tidak kena dengan susunatur perabot anda dan situasi ini perlu dibetulkan.

tips-ruang-tamu-rr-1
Direka Oleh | Space In Design

1) Fisiologi manusia memberi kesan kepada bagaimana objek patut diletakkan dan hubungannya antara satu sama lain. Sebagai contoh, meja kopi perlu diletakkan dalam jangkauan tempat duduk yang boleh dicapai dengan selesa. Susunatur yang menyokong sirkulasi dan akses kepada semua perabot yang berkaitan mewujudkan sebuah ruang yang interaktif.

2) Untuk menyokong komunikasi verbal pada tahap nada suara yang normal, upholsteri dalam kawasan perbualan harus berada secara purata 4-8 kaki dalam satu kelompok. Setiap upholsteri juga perlu bersudut ke arah satu sama lain untuk menggalakkan hubungan mata bagi menyokong komunikasi non-verbal.

3) Keseimbangan visual adalah salah satu prinsip komposisi visual yang penting. Prinsip ini adalah dengan meletakkan nilai purata taburan berat visual di tengah-tengah komposisi. Berat visual adalah unsur persepsi tentang polarisasi sesebuah sistem.

4) Penjajaran merujuk kepada dengan orientasi item perabot yang disusun relatif antara satu sama lain dan juga perlu sejajar dengan dinding berdekatan. Prinsip ini menggalakkan aplikasi susun atur perabot dalam kumpulan untuk berada selari dan bersudut tepat.

5) Wajar untuk mempunyai titik fokal yang dominan di dalam sesebuah kawasan interior supaya mata dapat berehat secara fokus tanpa mengalami kepenatan akibat keberatan perhatian visual yang berselerak. Titik fokal sering merujuk kepada objek prominan yang ditekankan dengan menyesuaikan item perabot dengan menyusun item secara simetri di sekitarnya.tips-ruang-tamu-rr
Direka Oleh | B&N Design Associate