Home Design Semasa: Grundfos

Design Semasa: Grundfos

by

grundfos_scala

Tiada lagi masalah tekanan air rendah

SCALA2 water booster pump baru dari Grundfos menjanjikan tekanan air sempurna melalui semua paip. Teknologi kawalan pump pintar bersama inverter yang menawarkan tekanan air keluar sempurna pada setiap masa, walaupun paip pancuran mandian dibuka, paip dapur digunakan dan kereta sedang dicuci di luar serentak. Pada penggunaan biasa, SCALA2 mengeluarkan tahap bunyi terendah 47Db (a) menjadikan ia satu booster paling senyap dalam produk seumpamanya. Saiz yang cukup padat untuk dimuatkan dalam ruang terhad. Berat 10kg menyenangkan pengendalian. Jangka hayat tahan lama, pemasangan yang mudah Berbanding pump air konvensional yang biasanya dipasang di atas bumbung, SCALA2 boleh dipasang di peringkat ground level bagi memudahkan penyelenggaraan. Harga Jualan disyorkan RM1,999.

grundfos.com.my