Home Osim: Alamilah Pencapaian Baru Dalam Kerusi Urut

Osim: Alamilah Pencapaian Baru Dalam Kerusi Urut

by

Dikenali untuk rangkaian kerusi urut berprestasi tinggi dan membelai yang telah pun memenangi hati peminat dari Asia dan seluruh dunia, OSIM telah membuka tirainya kepada hasil inovasinya yang terkini, sambil memenangi hati para pengguna di Malaysia.

osim-3

OSIM uLove kini telah bersiap sedia untuk menjadi kegemaran ramai untuk kegunaan rumah masing-masing dengan menggabungkan tiga unsur yang saling melengkapi untuk menghasilkan pengalaman sensasi yang amat memuaskan kepada semua deria.

Teknologi tinggi dan reka bentuk unggul OSIM uLove adalah suatu gabungan canggih yang padan sekali di mana-mana sudut rumah. Bukan sekadar menarik bagi mata memandang, kerusi urut yang bijak dan intuitif ini juga mampu menghasilkan kesan yang tiada bandingan.

Pakar kiropraktik terkenal Jepun Sato Tsuyoshi telah berjaya menghasilkan rangkaian program yang mampu menhasilkan kelegaan serta merta untuk seluruh badan, dengan tumpuan khas pada bahu and lumbar. Ciri megenalpasti khas yang amat sensitif menentukan pembinaan fizikal unik setiap pengguna supaya penggelek kerusi urut dapat menyampaikan efek yang menyembuhkan di bahagian-bahagian tubuh yang memerlukannya.

osim

“Dari mula-mula lagi, OSIM amat menitikberatkan pengeluaran kerusi urut bermutu tinggi untuk membantu para pengguna merehatkan otot dan melegakan tegangan hasil tekanan hidup seharian,” jelaskan Pengurus Besar OSIM, (Chia Sook Fun) semasa majlis pelancaran bagi pengguna Malaysia di pusat membeli belah One Utama Shopping Centre baru-baru in.

“OSIM uLove membawa kemewahan kerusi urut ke suatu aras baru dari segi pengalaman sensasi dengan rekacipta. Ia mampu untuk menyampaikan segala yang diimpikan dalam sebuah kerusi urut kegunaan rumah.

Ia dilengkapi untuk menyampaikan pengalaman yang amat memuaskan bagi para pengguna, seolah-olah mereka sedang diurut oleh pakar urut yang perpengalaman, siap dengan sistem audio sekali yang melahirkan suasana yang amat intim di mana pengguna dapat mengalami ketenangan mental yang amat mendalam. Apatah lagi, merehatkan badan dan minda selepas bertungkus lumus berkerja sehari suntuk pasti menjadi idaman setiap orang.” Harapan kami adalah supaya OSIM uLove dapat memenuhi setiap keperluan dan keinginan pengguna.

osim-2

OSIM uLove memiliki pembesar suara yang sesuai posisinya untuk menyampaikan pengalaman audio yang menenangkan dengan effek yang kaya, berwarnanada dan semulajadi.

Ciri inovatif V-Hand dengan 720º bola penggulung Roller Balls mencontohi kemahiran tangan tukang urut, menghasilkan urutan dengan genggaman realistik yang dapat melegakan simpulan urat sedalam mana sekali pun, di mana-mana sudut badan. 720° Roller Balls ini mampu berputar kepada 360° dalam arah mendatar atau menegak untuk sentuhan urutan yang lancar lagi intim yang amat menenangkan.

osim-5

Landasan urutan yang berlanjutan mampu mancapai ke setiap inci tubuh badan dari kepala hingga ke punggung dan ia mampu menumpu kepada titik-titik punca kesakitan untuk kelegaan serta merta, dengan sensasi yang amat menyenangkan.

Kerusi urut OSIM uLove mempersembahkan serangkaian program urutan yang menakjubkan, yang dicipta khas bagi memuaskan berbagai keperluan seisi keluarga. Program-program khas ini termasuklah Full Body Relief untuk kelegaan seluruh tubuh badan; Lumbar Pamper untuk urutan membelai khusus untuk sakit belakang; serta Butt Cuddle untuk mereka yang duduk sepanjang hari di pejabat.

“Program Butt Cuddle direka kerana penyelidikan menunjukkan bahawa ramai orang kini mengalami kesakitan di bahagian punggung disebabkan kerjaya-kerjaya yang memerlukan mereka berada dalam posisi duduk untuk berjam-jam. Kepercayaan umum bahawa hanya tubuh-tubuh yang asyik bergerak yang akan mengalami kesakitan otot adalah kurang tepat, kerana secara realiti, terdapat banyak isu-isu kesihatan seperti kesakitan di otot-otot di bahagian belakang, paha dan punggung, yang dialami oleh mereka yang duduk sepanjang hari. Urutan harian sebenarnya amat berguna untuk membantu melegakan isu-isu kesakitan dan ketegangan otot,” kata Chia.

osim-1

Ciri-ciri tambahan komprehensif kerusi urut OSIM uLove termasuk urutan beg udara bagi bahagian lengan, serta element khas pemanasan-sendiri untuk kelegaan seluruh bahagian belakang, betis, pergelangan kaki and kaki.

Selain daripada berkemampuan untuk melegakan sakit dan sengal otot, urutan yang bermutu tinggi juga dapat menghapuskan tekanan fizikal dan mental. Dalam pada itu, satu sessi urut dengan OSIM uLove dapat menyediakan tubuh badan untuk tidur yang lebih nyenyak, melonggarkan otot-otot tegang, memperbaiki daya gerakan tubuh serta fleksibiliti di samping menguatkan tubuh badan.

osim-4
OSIM uLove boleh didapati dalam serangkaian warna seperti warna putih indah Dreamy White, warna tenang bergaya Gorgeous Teal; Handsome Brown yang amat nyaman dan Dashing Copper yang bersentuhan kontemporari.

Kerusi urut uLove
Harga @ RM16,888
Promosi Pengenalan @ RM15,388. Percuma uMask Eye Massager bernilai RM118 (sehingga 36 bulan 0% Pelan Ansuran)

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.OSIM.com atau OSIM Facebook.