Home RR Diari: Beko

RR Diari: Beko

by

Jenama ini menyediakan rangkaian produk peralatan rumah terkini dan menawarkan kelebihan “Rakan Rasmi Harian” (Official Partner of the Everyday) kepada para pengguna di Malaysia. Ketibaan Beko di Malaysia membawakan cita rasa Eropah kepada produk peralatan rumah dengan reka bentuk bergaya, prestasi bermutu tinggi, dan teknologi yang inovatif. Beko turut dikenali di seluruh dunia sebagai rakan premium FC Barcelona.

beko

Chan Lock, Ketua Pegawai Eksekutif Beko Appliances Malaysia Sdn Bhd, berkata “Konsep Rakan Rasmi Harian meliputi semua penawaran jenama Beko yang menjadikan pelanggan sebagai tumpuan utama bermula daripada pembangunan produk dan reka bentuk hinggalah kepada penyediaan perkhidmatan kami. Beko diiktiraf sebagai jenama yang menyediakan produk berinovasi yang meningkatkan mutu kehidupan harian para pelanggan. Falsafah kami yang peka kepada keperluan pengguna membantu kami memahami pandangan dan kehidupan harian mereka. Beko telah membangunkan penyelesaian pintar yang menyokong keperluan kehidupan harian dan pada masa yang sama meraikan cita rasa halus reka bentuk kediaman.”

beko-hud

Beko telah mencapai kejayaan yang membanggakan dalam pasaran global. Jenama peralatan rumah yang paling pesat berkembang di Eropah sepanjang 7 tahun yang lalu turut menjadi pilihan 440 juta pengguna di lebih 130 buah negara. Syarikat induk Beko, Arcelik Group telah memutuskan untuk memasuki pasaran Asia Pasifik selepas mewujudkan tapak yang kukuh di pasaran Eropah. Chan Lock menambah, “Malaysia merupakan pasaran yang penting untuk Beko di mana kami komited untuk menyampaikan janji jenama iaitu meningkatkan mutu kehidupan harian pengguna serta menambahbaikkan kehidupan di rumah.”

Beko telah melancarkan pelan perjalanan jenama di IFA 2016 yang telah diadakan di Berlin dari 2 hingga 7 September. Semasa memperkenalkan beberapa teknologi termaju untuk produk peralatan rumah, Beko turut mendedahkan bahawa syarikat akan terus membawa pembaharuan bagi menyaingi trend global. Produk Beko dibangunkan untuk memenuhi keperluan pengguna yang hidup di zaman urbanisasi di mana manusia tertumpu di bandar, tinggal di rumah yang menjimatkan ruang serta menjalani kehidupan yang sibuk dan pantas. Reka bentuk pintar, teknologi berbilang tugas, transformasi digital dan kemapanan adalah ciri kritikal pada produk Beko.

Semasa memperkenalkan “Moisture is The New Cool”, Beko telah membawakan teknologi NeoFrost™ untuk peti sejuk Beko yang dijual di Malaysia. NeoFrost™ merupakan Sistem Penyejukan Digital Berkembar yang menghasilkan keadaan yang ideal untuk menyimpan makanan dalam peti sejuk dengan meniup udara yang tinggi kelembapannya dan pada kadar dan suhu yang sesuai bagi menghalang pengeringan sayur dan buah-buahan. Dengan menyediakan peredaran udara yang seimbang antara para, sistem turut menghapuskan bau dengan menggunakan litar penyejukan yang berasingan pada bahagian peti sejuk dan pembeku.

Teo Yong Hung, Pengurus Pemasaran dan Produk Beko Appliances Malaysia berkata, “Peti sejuk Beko terkenal dengan penyelesaian penyejukan yang segar dan intuitif. Teknologi NeoFrost™ daripada Beko membawa perubahan dengan keupayaannya mengekalkan kelembapan sehingga 95%. Ini merupakan satu tanda aras bagi teknologi penyejukan untuk kesegaran optimum makanan yang disimpan di dalam peti sejuk dan tidak berkompromi dengan teknologi penyejukan Beko yang disediakan bagi grid kecekapan tenaga tinggi.”

beko-fridge

Selain teknologi NeoFrost™, beberapa ciri telah menyerlahkan kehebatan peti sejuk Beko dalam kelasnya yang tersendiri. Ini termasuklah:

  • ProSmart™ Inverter Compressor – sistem penyejukan pintar yang menyesuaikan turun naik suhu dengan cepat, memberikan penyejukan lebih pantas dengan tenaga yang kurang dan membolehkan operasi pada tahap bunyi yang rendah.
  • EverFresh+® – dibina pada petak untuk mengekalkan kesegaran buah dan sayur sehingga 30 hari masa simpanan. Teknologi ini telah menerima kelulusan ujian SGS Laboratory untuk pemeluwapan embun permukaan dan kehilangan berat sayur-sayuran yang minimum.
  • Active Fresh Blue Light™ – teknologi pintar yang memanjangkan proses fotosintesis buah-buahan dan sayur-sayuran segar untuk mengekalkan rasa semula jadi dan elemen pemakanan.
  • Petak MultiZone – ciri ini menyediakan fleksibiliti untuk menyesuaikan suhu petak dalam peti sejuk antara -24 0 C hingga 10 0 C.

beko-fridge-close

Beko turut memperkenalkan pelbagai produk peralatan rumah dan dapur yang unggul dan memenangi anugerah untuk kehidupan pintar di Malaysia. Ini termasuklah mesin basuh, mesin pengering, mesin basuh pinggan mangkuk, dapur dan tudung, ketuhar, ketuhar gelombang mikro dan penyaman udara.

beko-washing-machine

Di Malaysia, Beko diagihkan melalui lebih 400 saluran termasuk peniaga umum, pakar dapur dan saluran bebas yang lain. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.beko-my.com atau sertai komuniti Facebook Beko di www.facebook.com/BekoMalaysia

Beko Appliances Malaysia Sdn Bhd (1161022-P)
Suite 17.03, Level 17, Menara Sapura Kencana Petroleum,
Solaris Dutamas, No.1 Jalan Dutamas 1,
50480 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: +603-62054550/4551/4552
Fax: +603-62054553
Web: www.beko-my.com