Home RR Diari Istimewa: An Evening With Our Greatest Treasure

RR Diari Istimewa: An Evening With Our Greatest Treasure

by

Dalam rangka mendekati pembaca dari sisi kehidupan mereka, team majalah rrenovation turun padang berkongsi minat dan hobi mereka. Kali ini, rrenovation bersama bakal peneraju industri kulinari, anak didik Kolej Vokasional Sepang. Rrenovation bekerjasama dengan seorang ikon kuinari yang tidak asing lagi, Chef Anuar Deraman yang memeriahkan majlis berkumpul ini dengan perkongsian resipi istimewa beliau.

rr-diari-istimewa

Gurau senda dan gelak ketawa sepanjang perkongsian ilmu secara santai di dapur ini menjadikan seharian masa bersama terasa pantas berlalu. Sesiapa sahaja akan berasa kagum melihat kesungguhan peserta terutama anak muda ini mengikuti ilmu yang diperturunkan dan menyiapkan beberapa resipi pada masa tersebut.

Demostrasi penyediaan pisang caramel crepe dan walnut brownies oleh Chef Anuar terasa mudah dipelajari dengan penerangan yang diberi. Masakan kue tiaw didemostrasi oleh Cikgu Hanis menggunakan bahan istimewa disediakan oleh KVT Sepang, Kagum melihat bagaimana R&D yang dilakukan oleh warga kolej ini menjadikan urusan memasak mudah dan lebih enak.

rr-diari-istimewa-2

Usai penyerahan Sijil Penghargaan dan sesi fotografi, masa minum petang terisi sangat bermakna apabila dapat menikmati menu yang disediakan bersama sambil berhibur mendengar nyanyian karoke oleh peserta.

rr-diari-istimewa-1

Diharap hubungan yang terjalin tidak terhenti setakat itu. Terima kasih kepada penaja Alex Toh dari Maxim yang menaja peralatan memasak untuk acara tersebut, kepada penaja bersama Mohd Naim dari CustomFrame Malaysia serta Pengarah Kolej Vokasional Sepang Norhana Mustapha atas kesudian menaja lokasi dan menjadi tuan rumah. Terima kasih atas sokongan berterusan kepada para pembaca rrenovation! Your are our greatest treasure!