Home RR idea: 6 Dapur Kering Gaya Malaysia

RR idea: 6 Dapur Kering Gaya Malaysia

by

Keperluan dapur kering
6-dapur-kering
imej dari A&A concept
6-dapur-kering-2
imej dari Pocket Square

6-dapur-kering-3
imej dari Nice Style

Di Malaysia, rekaan rumah dengan dua ruang dapur bukan trend baru. Jika dilihat semula, rekaan ini dipengaruhi oleh gaya hidup masyarakat Malaysia sendiri. Tinggal di sebuah negara terkenal dengan jolokan syurga makanan kerana kekayaan dan keunikan makanan menjadikan rata-rata masyarakat Malaysia suka memasak dan suka makan.

Penyediaan makanan popular Malaysia kebanyakannya hidangan berat seperti nasi lemak, mee goreng atau kari memerlukan penyediaan yang agak lasak, menggoreng, menumis, masakan berempah biasanya dilakukan di dapur basah. Manakala dapur kering diwujudkan sebagai alternatif dan assistance pada dapur basah yang selalunya messy.

Ruang Makan Kedua
6-dapur-kering-1
imej dari M Innovative Builders

Dapur kering adalah tempat yang sesuai untuk melakukan kerja ringan seperti memyediakan makanan ringan  seperti sandwich, membuat kek, memotong buah-buahan atau membakar roti masa sarapan pagi. Biasanya ia berfungsi sebagai ruang makan kedua jika ada meja bar yang dilengkapi kerusi tinggi menjadi pelengkap ruang.

Kewujudan ruang ini juga sangat membantu terutama jika tuan rumah menganjurkan jamuan di rumah.  Dapur kering yang selalunya ditempatkan berhampiran makan boleh meraikan tetamu yang ramai dan dijadikan tempat meletakkan hidangan makanan yang banyak. Pemasangan sinki  kecil agak penting bagi membolehkan membasuh cawan dan bekas makanan yang tidak terlalu kotor atau mencuci tangan tanpa perlu berjalan jauh ke arah sinki di dapur basah.

Fashion Statement
6-dapur-kering-4
imej dari Konan design

6-dapur-kering-5
imej dari Konan design

Dalam trend kehidupan warga kota metropolitan yang tinggal di kediaman kompak seperti residential studio, dapur kering sering kali direka berhampiran ruang tamu atau bilik tidur untuk tujuan light cooking. Ia direka menjadi satu penyataan gaya hidup dengan dekorasi kreatif dan cantik terutama di sekitar kabinet.

Sama juga seperti jenis kediaman lain, dapur kering kini menjadi sebahagian tempat untuk menyimpan dan memaparkan peralatan dapur premium. Ruang dapur kering moden selalunya dilengkapi  dengan peti sejuk, oven, hob dan hud trendy, kerana digunakan secara acap kali, ruang ini tidak memerlukan pembersihan yang rumit dan menjadi sudut ruang cantik untuk meraikan saudara dan rakan bertandang pada bila-bila masa.

Tips:
Kabinet single wall paling sesuai bagi dapur kering bersaiz terhad. Compartment tertutup sebagai tempat penyimpanan peralatan menjadikan ruang ini nampak kemas.