Home RR Idea Ruang Tamu

RR Idea Ruang Tamu

by

Selami inspirasi zaman silam dalam rekaan rumah moden. Tatkala memutar kembali lagu lama atau menonton filem lama, benarlah masa berlalu begitu pantas, segalanya berubah dengan melewati fasa tertentu. 

Keindahan Klasik
nicetsyle-citarasa
Imej dari Nice-Style

Apabila gaya masa lalu diperkatakan, kita tidak dapat lari daripada membayangkan konsep klasik, yang sering dikaitkan dengan ukiran mempunyai ciri tersendiri, tetapi masih terdapat gaya klasik dalam warna hitam dan putih turut mempempunyai watak tersendiri dalam seni penataan. Selain warna, penggayaan perabot juga memainkan peranan utama dalam usaha memasukkan konsep klasik dalam sebuah ruang moden. Rekaan kerusi dan meja makan serta seni bina dinding yang berupa black gilding frame berlatar belakangkan dinding putih menyerlahkan lagi citarasa klasik pemilik. Manakala penggunaan lampu gantung dan cermin besar pada dinding tumpu manambah kuasa ganda dua kepada konsep ini.

Raikan Retro
bazarbayu-citarasa
Imej dari Bazarbayu

Retro mempunyai keistimewaan dalam penataan ‘timeless beauty’ dalam kitaran 50an, 60an sehingga 80an. Terkenal dengan geometrical bold pattern serta warna terang dan berani. Ia adalah satu bentuk pemberontakan terhadap gaya ruang konservatif, kosong dan hambar. Banyak cara bagi memasukkan gaya retro pop art ke dalam ruang makan, antaranya pop art painting atau wall mural tergantung pada ciri ruang tersebut. 

Selanjutnya: 6 Grand Dining Room To Inspire

Bukan sekadar memasukkan warna atau corak sahaja malahan pemilihan perabot juga memainkan peranan penting. Antaranya kerusi retro futuristic yang tidak akan gagal memberi impak kepada ruang dapur retro chic. Arca atau ukiran gaya retro bukan sesuatu yang asing kepada pencinta gaya ini. Bentuk unik dan pelik menjadikan ruang makan retro berbeza dari konsep ruang makan lain.

Tips: Warna merah menyerlah pada artwork dinding salah satu cara mudah menyerlah konsep retro.

regal-violet-citarasa
Imej dari Regal Violet

Cita Rasa Scandinavian
ikea-citarasa
Imej dari ikea 

ikea-citarasa-1
Imej dari ikea

Gaya Scandinavian dengan suntikan masa lalu ke dalam ruang serta gaya hidup masa kini. Reka bentuk Scandinavian kebanyakannya memperlihatkan dominasi penggunaan warna putih, bersih dan kemas. Pilihan gaya ini berupaya memantulkan cahaya bagi impak luas dan terang. Gaya ini juga banyak mengaplikasikan permukaan berkilat seperti cermin yang mampu memantulkan cahaya.

Selanjutnya: 6 Dapur Kering Gaya Malaysia

Kewujudan elemen kayu berperanan menyempurnakan lagi konsep ini. Sama ada melalui kombinasi perabot, lantai atau panel dinding kayu, ia adalah bahan yang biasanya ada dalam kebanyakan reka bentuk Scandinavian.