Home RR Makan-Makan: Melur & Thyme

RR Makan-Makan: Melur & Thyme

by

Santai dan sofistikated, namun membayangkan suasana yang elegan, Melur & Thyme di KLCC sebuah tempat yang sangat menarik dari segi reka bentuk dalaman. Direka oleh Quirk & Associates, restoran ini memadankan elemen Timur dan Barat serta yang lama dengan yang baru. Hasilnya merupakan suasana dalaman yang eklektik dan penuh seni yang menimbulkan pesona nostalgia yang diinterpretasi bagai kafe jalanan moden yang unik.

melur-n-thyme-1

Namanya sahaja penuh inspirasi bagi melengkapkan konsep eklektik restoran ini. “Bunga Melur terdapat dengan banyak di kawasan tropika Malaysia,” ulas para pemilik Melur & Thyme. “’Melur’ melambangkan menu tapas juadah Melayu berciri ketimuran manakala ‘Thyme’ pula herba Inggeris yang mewakili tapas makanan Barat.

melur-n-thyme-2

“Diinspirasikan lukisan tangan dan nota-nota seorang pengembara sentimental, anda dijemput duduk berhampiran kerja seni lukisan tangan dalam suasana yang santai dan selesa di mana sahabat handai berkumpul dan berkongsi memori indah sambil menikmati masakan menyelerakan daripada seleksi tapas, atau menjamah mee Hokkien nenek semasa perhimpunan keluarga yang meriah,” tambah tuan punya restoran.

melur-n-thyme-3
Secara keseluruhannya, rekaan dalaman Melur & Thyme agak ringkas. Terdapat beberapa komponen pelengkap konsep di sini seperti jubin seramik putih ala subway bersisi serong, kekisi besi, turapan terazo dan lampu gantung aluminium. Mewakili seni pertukangan tempatan, kekisi besi di sini mempamerkan hasil yang berkualiti tinggi sambil menimbulkan rasa dramatik dengan kelengkapan berwarna gelap. Rekaan di sini dibiarkan ringkas agar perincian seperti kekisi besi dekoratif, salur paip terdedah dan lampu gantung aluminium lebih menyerlah.

www.melurandthyme.com;  www.qasb.com