Autentik Thai
Tarik perhatian keluarga dan rakan dengan hidangan udang green curry resipi autentik citarasa Thai. Ikut resipi dari restoran Sky 360º cara mudah, cepat dan rasai keenakan asli masakan ini. Terbaik jika dihidangkan bersama nasi jasmine untuk makan tengahari anda!
Udang ‘Green Curry Thai’
Jumlah Hidangan: 10 orang
BAHAN-BAHAN
Udang harimau bersaiz sederhana 600 gm
Cili padi 15 gm (diketuk)
Lengkuas 50 gm (dihiris tebal)
Serai 15 gm (diketuk)
Daun limau purut 5 gm
Jus limau nipis 50 ml
Sos ikan 50 ml
Santan 100 ml
Air 200ml
Terung bulat 100 gm (dipotong dadu kecil)
Kacang panjang 100 gm (dihiris tebal)
Tomato 100 gm (dipotong dadu)
Daun ketumbar 50 gm (dihiris)
Pes kari hijau 400 gm
CARA-CARA:
1) Panaskan air, masukkan cili padi, lengkuas, serai, daun limau.
2) Masukkan pes kari hijau serta jus limau dan sos ikan.
3) Kemudian, masukkan udang, terung bulat dan kacang panjang.
4) Akhir sekali, masukkan tomato, daun ketumbar bersama santan. Kacau dan biarkan mendidih selama beberapa minit kemudian hidangkan.
Info sky 360º :
Restoran Sky 360º di eCity & M.I.C.E Hotel OneCity Mall USJ, Subang Jaya, menghidangkan pelbagai menu dari masakan Melayu, Cina, India, juga hidangan barat bagi memenuhi selera pengunjung yang pelbagai.